Zaman sekarang ramai yang ingin memiliki rumah yang murah, cantik, unik dan yang paling penting selesa. Rumah kontena kini sudah menjadi trend terkini kerana jika kita lihat diluar Negara, ia sudah menjadi kebiasaan untuk masyarakat membeli dan memiliki Rumah kontena. Di Malaysia juga, ramai masyarakat sudah menggunakan rumah kontena kerana lebih mudah dan murah. Namun begitu, mesti ramai lagi yang tertanya-tanya apa itu home studio kan?
Rumah kontena ialah rumah yang diperbuat daripada kontena dan kelihatan lebih ringkas dan premium. Susunan, warna, rupa bentuk dan konsep semua mengikut cita rasa sendiri. Bukan itu sahaja, Rumah kontena juga mempunyai banyak kelebihan lain seperti:

1. Ia mudah untuk dibina
Rupa bentuk yang kukuh memudahkan rumah kontena ini digerakkan dan diletakkan ditapak yang anda sudah sediakan.

2. Lebih murah
Pembinaan rumah kontena adalah lebih murah berbanding harga untuk pembinaan rumah batu. Bukan itu sahaja, Rumah kontena ini menjimatkan kos dengan menggunakan kontena yang sudah sedia ada dan bukan daripada simen, batu, tiang dan sebagainya. Jadi, kos pembinaan rumah dapat dijimatkan daripada itu.

3. Lebih cepat
Rumah kontena dapat dibina dengan lebih cepat berbanding rumah biasa. Tempoh jangka masa membina rumah dapat dijimatkan kerana terdapat beberapa langkah dalam pembinaan rumah biasa yang tidak perlu dibuat ketika membina rumah kontena sperti membancuh simen, mencacak tiang dan sebagainya.
Berdasarkan kelebihan diatas, rumah kontena semakin menjadi pilihan orang ramai. Ada juga dalam kalangan masyarakat menjadikan rumah kontena sebagai rumah sewa, homestay dan sebagainya. Hal ini adalah kerana, mereka cakna bahawa pembinaan rumah boleh dijimatkan dengan menggunakan kontena. Bukan itu sahaja, mereka juga sudah arif bahawa rumah kontena sudah menjadi trend zaman kini dan membuatkan rumah mereka kelihatan premium, hipster, dan sebagainya.