TEMPAT PENGINAPAN KONTENA PALING MENARIK YANG WAJIB ANDA LA

  1. Penginapan Kontena atau kabin kini semakin menarik dan setanding dengan hotel bertaraf 3 ke 4 bintang. Terasa kelainannya apabila dapat menginap di hotel kabin semasa bercuti sama ada secara backpakers solo atau bersama keluarga dan rakan-rakan. Jika anda ingin merasai pengalaman bermalam dalam hotel kabin, ini antara penginapan kabin yang menarik yang membuatkan anda terpegun.

    1. keCabin by Bungalow in A Village, Melaka.

Terletak di Semabok Dalam, Melaka. Kawasan penginapan berdekatan dengan Jonker Walk. Penginapan kabin berkonsep Scandinavia ini menyediakan unit kabin dan banglo yang agak terhad. Kolam renang di hadapan pintu kabin tentunya memberi keseronokan bagi kanak-kanak. Sekiranya anda berminat untuk menginap di sini, sebaiknya anda membuat tempahan awal.

Sumber: KeCabin by Bungalow in A Village

2. Kasturi Kabin, Kuala Lumpur

Siapa sangka di pinggir bandar Kuala Lumpur, wujudnya penginapan kabin dalam suasana alam yang menenangkan dikelilingi pepohon hijau. Penginapan ini boleh memuatkan sehingga 6 orang sahaja pada satu masa. Memang sesuai jika bawa keluarga bersama atau jika bercuti bersama rakan-rakan terutama bagi penduduk KL yang inginkan suasana yang berbeza dan kedamaian seketika dari terus berhadapan dengan bandar yang sibuk dan padat di Kuala Lumpur.

Sumber: Kasturi Kabin 

3. The Kabin, Kuala Selangor

Terletak di Pantai Remis, Kuala Selangor. The Kabin menyediakan penginapan kontena untuk individu, pasangan dan berkumpulan. Menyediakan pilihan bilik dengan katil Queen dan katil bertingkat (double bed) untuk penginapan ramai sehingga enam orang dalam dormitori.

Sumber: The Kabin Malaysia

4. Sekinchan Padi Box Homestay, Kuala Selangor

Sesuai dengan namanya, Sekinchan Padi Box terletak di kawasan sawah padi yang luas terbentang. Menginap di sini, disajikan dengan pemandangan indah sawah padi yang indah, dihayati pada waktu pagi dan petang, tenang hati rasanya. Homestay ini juga menyediakan cafe’ yang dibuka kepada pengunjung luar dan pelanggan homestay.

Sumber: Sekinchan Padi Box Homestay

5. Nafas Cube, Serdang

Nafas Cube terletak dalam kawasan pertanian milik MARDI iaitu di MAEPS, Serdang. Bilik penginapan kontenanya begitu menarik menyamai bilik hotel sebenar. Bagi percutian keluarga yang santai, tenang dan jauh dari kebisingan bandaraya Kuala Lumpur, Nafas Cube adalah lokasi pilihan yang aman damai untuk anda berehat seketika bersama keluarga.

Sumber: Nafas Cube

6. Homestay Kontena Melaka

Terletak di Kampung Bukit Katil, Melaka. Ia disediakan hanya untuk Muslim sahaja. Homestay kontena yang ceria ini sesuai untuk penginapan keluarga. Juga disediakan kolam renang untuk keseronokan kanak-kanak. Anda boleh meluangkan masa dan bersantai di hadapan kolam renang dari pagi sehinggalah ke esok harinya.

Sumber: Homestay Kontena Melaka

7. Farm Ville Cafe & Homestay, Kuala Selangor

Penginapan kabin di kawasan sawah padi di Sekinchan, Kuala Selangor. Senibina penginapan kabin mereka berkonsep hipster, menarik dan instaworthy. Pelbagai saiz bilik pada harga yang berpatutan yang boleh dijadikan alternatif penginapan menarik di Sekinchan, Kuala Selangor.

Sumber: Farm Ville Cafe & Homestay

8. Container Hotel, Kuala Lumpur, Ipoh & Penang

Container Hotel ini mempunayai cawangannya dia Kuala Lumpur, KLIA2, Ipoh dan Penang. Konsep mereka ialah penginapan kapsul esklusif pada harga berpatutan. Penginapan ini sangat sesuai bagi individu dan pasangan. Ianya kurang sesuai bagi keluarga dengan anak-anak.

Sumber: Container Hotel